SEJARAH

SMK Pelindung

SEJARAH SEKOLAH

          Sekolah Menengah Kebangsaan Pelindung, Kuantan mula dibina pada tahun 2006 dan siap sepenuhnya pada April 2009. Idea pembinaan sekolah ini dicetuskan oleh Dato, Haji Ahmad Azmey Bin Abu Talib selaku Pengarah Pelajaran. Sesuai dengan kedudukannya di tepi pantai Perkampungan Pelindung, Mukim Beserah, beliau mahukan sebuah sekolah berkonsepkan percutian ala resort.Idea tersebut telah diterjemahkan kepada realiti oleh arkiteknya, Datuk Ar. Masri On Bin Mohd Som. Sekolah ini dibina dengan keluasan tanah 9 ekar termasuk kemudahan padang serbaguna (ala collaseum).Bahan-bahan pembinaannya pula amat berkualiti dan tahan karat apabila terkena angin laut. Sekolah ini merupakan sekolah pertama di negara ini yang berkonsepkan demikian dan merupakan sekolah pertama yang diserahkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

SMK Pelindung yang berharga 20.6 juta dilengkapi dengan kemudahan surau, dewan, kantin, ruang serbaguna dan padang serbaguna. Selain itu terdapat satu blok pentadbiran yang menempatkan pejabat, bilik guru, bilik mesyuarat dan pusat sumber sekolah. Dua blok kelas pula menempatkan 30 buah kelas, pusat akses dan bilik SAL. Manakala tiga blok akademik pula terdapat 3 makmal sains dan 6 sains tulen,2 makmal komputer, bengkel kemahiran hidup serta bilik-bilik khas matapelajaran.

Pada 1 Jun 2009, seramai 3 orang guru penolong kanan, 3 orang guru terlatih, 3 orang guru sandaran tidak terlatih (GSTT) dan seorang pembantu tadbir mula mendaftarkan diri dan memulakan mesyuarat guru pertama bersama-sama dengan pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan. Manakala pada 2 Jun 2009 pula, pendaftaran pelajar pertama seramai 113 orang dijalankan. Mereka terdiri daripada dua kelas pelajar tingkatan satu dan dua kelas pelajar tingkatan dua. Pelajar-pelajar ini dipilih oleh PPD Kuantan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Beserah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Sera, yang tinggal di persekitaran sekolah ini. Pelajar-pelajar ini kemudiannya memulakan sesi persekolahan penggal kedua 2009.

Pada 1 Ogos 2009, pengetua pertama, Encik Zulaffandi Bin Ahmad mula mendaftarkan diri untuk memantapkan pengurusan dan pentadbiran sekolah ini. SMK Pelindung menutup sesi persekolahan 2009 dengan 11 orang guru, seorang pembantu tadbir, 3 orang pembantu makmal dan 156 orang pelajar (Tingkatan Satu : 83 orang dan Tingkatan Dua : 73 orang). Sehingga hujung tahun 2010 ini, terdapat 27 orang guru tetap dan 3 orang guru sandaran tidak terlatih serta 6 orang staf. Jumlah pelajar pula dari tingkatan satu hingga empat ialah 427 orang.Pada 2011,bilangan guru berjumlah 42 orang,9 orang staf manakala jumlah pelajar dari tingkatan 1 hingga 5 ialah 595 orang.



 
LATAR BELAKANG SMK PELINDUNG

Sekolah Menengah Kebangsaan Pelindung,Kuantan beralamat di Jalan Kg.Pelindung 5,Beserah. Sekolah ini mula dibina pada tahun 2006 dan siap sepenuhnya pada April 2009 dengan kos 20.6 juta dan keluasan 9 ekar. Sekolah ini mula beroperasi pada  1 Jun 2009, dengan ambilan pertama seramai 113 orang pelajar tingkatan 1 dan 2,seramai 3 orang guru penolong kanan,3 orang guru terlatih,3 orang guru tidak terlatih (GSTT) dan seorang pembantu tadbir.
Dari segi fizikal,sekolah ini mengandungi:-

FIZIKAL
BILANGAN
FIZIKAL
BILANGAN
Bilik Darjah
30
Bilik Matematik
1
Makmal Sains
3
Bilik Sejarah / Geografi
1
Makmal Fizik
2
Bilik Kesihatan
1
Makmal Kimia
2
Bilik Pendidikan Seni
1
Makmal Biologi
2
Gelanggang Badminton / Takraw
2
Dewan Besar
1
Gelanggang Bola Keranjang
1
Surau
1
Gelanggang Bola Tampar
-
Makmal ICT
1
Padang Bola Sepak
1
Perpustakaan
1
Bilik Bimbingan dan Kaunseling
1
Bengkel Kemahiran Hidup
5
Bilik Guru
1
Ruang Serbaguna                    1                     
Warga SMK Pelindung akan berusaha bersungguh-sungguh dalam mencorakkan kegemilangan sekolah ini sebagai sebuah institusi yang berkesan dan cemerlang.

SMK PELINDUNG


26100 KUANTAN

VISI,  MISI DAN OBJEKTIF SEKOLAH

VISI

SMK PELINDUNG MENJADI SEKOLAH CEMERLANG MENJELANG TAHUN 2014

MISI

MEMBERI PELUANG KEPADA WARGA SEKOLAH  MENGEMBANGKAN POTENSI MENJADI INSAN CEMERLANG,  BERAKHLAK MULIA DAN BERKETRAMPILAN MELALUI PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN YANG CEKAP,  BUDAYA KERJA BERMATLAMAT SERTA JALINAN PEMAUFAKATAN DENGAN KOMUNITI.

OBJEKTIF

1.       MEMPUNYAI KUALITI PENCAPAIAN KURIKULUM DAN KOKURIKULUM TERBAIK.
2.      MEWUJUDKAN SEKOLAH SELAMAT,  CERIA,  BERSIH DAN KONDUSIF DENGAN TAHAP DISIPLIN TERBAIK.
3.      MEMPUNYAI SISTEM PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN YANG CEKAP DAN TEPAT.
4.      MENANAM BUDAYA KERJA CEMERLANG DALAM SEMUA BIDANG DAN MENGUASAI KEMAHIRAN ICT TERKINI.
5.      MENYEDIAKAN  LATIHAN STAF BAGI MEMBOLEHKAN MEREKA MELENGKAPKAN DIRI DENGAN KEMAHIRAN DAN MEMBERI SUMBANGAN.
6.      MEWUJUDKAN HUBUNGAN KOMUNITI YANG BERKESAN

LAGU SMK PELINDUNG

Kami warga SMK Pelindung
Murni jiwa bestari minda
Ilmu diteroka megah dijunjung
Menzahirkan peribadi mulia

Bersatu hati berpadu tenaga
Mengorak langkah ke mercu jaya
Bersama menyokong wawasan negara
Menjulang gagasan 1 Malaysia

Proaktif merangka tindakan
Kreatif mencipta idea berkesan
Inovatif membentuk pembaharuan
Itulah moto mengukir kejayaan

PadaMu Tuhan Yang Maha Esa
Berkati ilmu yang ditimba
Rahmati guru yang tercinta
SMKPd terus mencipta nama  2X



Ciptaan:  YM Tengku Hisamuddin bin Tengku Mohamed
Lirik    : Guru-guru SMKPd 2009







No comments:

Post a Comment